Friday, July 08, 2011

BERSIHKAH BERSIH?

Bodoh.Ya,bodoh.Itu je perkataan yg keluar dari mulut bila dgr cerita pasal "BERSIH" ni.Bersih?Apa yg kau nak bersihkan?Aku nak satu je jawapan,apa sebenarnya yg nak dicari melalui perhimpunan ni?Nak gunakan alasan tak puas hati dgn SPR ,ke sebenarnya nak hasut org benci kerajaan,ITU MOTIF utama,aku tak rasa pun pasal SPR sgt.

Kau nak sembang SPR tak telus,tak sangka org pandai pun kadang-kadang tak pakai otak ye.Kau nak bukti apa lagi,dah berapa negeri kau pegang,apa yg tak telus?Apa yg tak puas hati?Masalah kerajaan ke kalau kau tak pandai tadbir negeri-negeri bawah pemerintahan kau?Masalah org awam ke kalau kau tak reti nak simpan hal peribadi kau?Berlonggok dah org-org kau kat parlimen,apa lagi masalahnya?Bukan tak ada suara membangkang,dah menjerit mcm beruk pun.Aku admit,kalau tak ada pembangkang pun rosak jugak,sbb kerajaan akan jadi terlalu bermaharajalela.Tapi tugas pembangkang adalah untuk BETULKAN silap kerajaan,bukan MENGHASUT org benci kerajaan.Sedih org gila mcm ni,negeri sendiri tak reti nak tadbir,ada hati nak ajar org lain.HEY,BANGUNLAH.

Aku tau,semua org ada pandangan masing-masing.Hak engkau nak pilih kau nak menyokong siapa,tak ada org yg nak halang.Tapi jgn sampai menyusahkan org lain,fikir ke depan,aku tak rasa pun benda ni ada hal sgt,tapi apa yg dia nak melalui demonstrasi tu.Bila kecoh kat media luar,org akan nampak negara huru-hara.Org nampak kerajaan mcm tak stabil.Nak jadi mcm Thailand,Libya,Egypt?

Apa yg tak puas hati sgt?Sibuk harga barang naik?Hello kawan,aku baru balik Singapore,harga barang diorang sama mcm harga kita.Tapi dkt sana kena kali 2 !Kiranya barang kita masih murah.Ye,kerajaan pun patut bukak mata tgk isu-isu berbangkit mcm kemiskinan masyarakat dan sebagainya,tapi aku pun nak tanya jugak.PEMBANGKANG ADA BUAT KEBAJIKAN JUGAK KE?MANA DIA?APA YG DAH DIBUAT YG MEMBANTU RAKYAT DI BAWAH NEGERI PEMERINTAHAN?NOTHING.ABSOLUTELY NOTHING.

Jadi jgn bila tak dpt tutup keburukan diri sendiri,alihkan pandangan dgn buat benda lain pulak.Bersih konon.Lebih kotor dari lumpur!

Aku sedar diri.Belajar di UiTM dgn bantuan kerajaan dan aku bersyukur untuk itu.Susah rasanya hidup bila kita sentiasa tak berpuas hati,apatah lagi aku rasa lebih dayus dan hipokrit bila kau dibantu,tapi sudahnya meludah.Heh,itu pendirian kau,mungkin.Ikutlah.Tak puas hati sgt,silakan keluar.Tak ada sesiapa yg menghalang.

Bila polis buat sekatan,dimaki dan dimarah.Bila tak buat pun kena.Memang adat sesetengah manusia,nampak kesalahan org lain,kebodohan diri sendiri tak pernah nak mengaku.Kalau tak dibuat demonstrasi bodoh ni,tak perlu polis nak bersusah-payah.
Kepala lah hotak.Logo pun dah ada iras-iras satu parti pembangkang.

Cuba nak jaga keharmonian kaum.Tapi sygnya menjadi semakin racial.Sedih,sgt sedih.Aku dulu sekolah swasta,berkawan dgn rakan-rakan berlainan bangsa.Tak ada masalah.Habis sekolah pun ramai kawan-kawan bukan melayu.Friends,even if we're not happy or dissatisfied,there are many other ways to express it.Not like this.Never like this.

PEACE.

9 comments:

izzah said...

wah..berapi aku baca!!haha..bgud job ellen!org tak kenang budi mmg mcm tu.suka menyusahkan org!!

Miss Potato said...

hahahaha pening laaa pening!hidup asyik tak puas hati je,sampai bila pun susah!

Hazique Mirza said...

cik elen bila marah looks sexayh...grrrrrr!

Miss Potato said...

cit!

Farhan Zafry--;LITHIUM said...

hahahaa, lawak

ainina rasidan said...

like, like, like infinity

Miss Potato said...

thank you

adek dah besar said...

ok semua aku setuju. bagus penulisan ko.

Tapi ada satu je aku kureng setuju.

hal harga barang. Ok memang harga barang di negara kita murah compare to singapore.

Tapi di sini aku nak tanya, berapa banyak barang kita boleh beli dengan satu unit wang?
tak faham?

sebagai contoh, rm1 hanya boleh beli sekeping roti canai dan cekelat haks 4 biji.

Tapi dengan 1dollar singgapora berapa keping roti canai dAN cekelat heks kita boleh beli?

di sini aku bercakap dengan nilai mampu beli untuk 1 unit wang, bukan dengan nilai mata wang.

trimas pal.

Miss Potato said...

hey ron.ye bagus soalan kau.mmg la kalau nak comparekan mata wang negara kita,lagi sikit dari singapura.tapi kau kena ingat,kita negara membangun.dan ringgit skrg pun agak kuat,bayangkan la UK dulu dari 7 skrg 5 je.duit tak boleh jugak nak kuat sgt sbb nanti kalau mahal sgt sape nak melabur kat negara kita.kena ada balance la jugak.so far kita ok.tapi yg lagi kau patut faham is walaupun singapore dollar lagi tinggi,tapi HARGA barang diorang SAMA dgn kita.coke kat sana jual 2 dollar bai,kalau kita pun singgit lebih je.jadi kalau diorang punya duit kuat,bukan ke patut harga barang lagi murah?kiranya kerajaan kita maintain harga barang,tu pasal org singapura dtg sini layan kepala.kalau nak kira subsidi pun,tak boleh la selamanya.kalau nak membangun,kita pun kena berusaha la jugak.susah la kalau asyik harap kerajaan tolong je.hope this answers ur question :)