Mcm biasalah,bila gambar tu dah tersebar,semua blog-blog pun nak buat liputan tunjuk gambar terkini dia.Yang saya terkilan,dan agak sakit hati,is comments yg ditulis.Semua rata-rata nak tunjuk diri tu lebih alim dari orang lain,mengutuk ckp mak ayah tak ajar ke,tak tau dosa pahala ke,nilah dasar org tak tau malu,org suruh belajar,pakai mcm haram...bla bla bla.OK FINE.
PERSOALANNYA KAT SINI
Kita siapa nak menegur org mcm tu.Kita ni perfect sgt ke,sampai kita ni terlepas dari segala dosa-dosa?TAK SALAH nak nasihat kan org,tapi perlu ke nak mengutuk dia,nak menghina dia?Maybe statement saya lepas ni akan menyakitkan hati ramai org,but I am just going to say it.Saya ada membuka facebook ustaz Azhar Idrus tu(saya akan kaitkan dengan kisah Amalina),dan ada satu gambar dia,perempuan hodoh tapi pakai topi BN,perempuan cantik pakai logo pas,seolah-olah memberi gambaran kejahatan orang BN dan keluhuran orang pas.Saya bukan nak berpolitik kat sini,tapi saya nak tanya,rasional ke perbuatan ustaz tu?Tapi ramai yg memuji dan siap mengutuk perempuan tak berapa cantik tu.Mana perginya keluhuran akal budi manusia,just because dia seorang ustaz,maka segala apa yg dia kata semuanya betul,semuanya tak boleh didangkal?
Memang,kita patut hormati org yg lebih pengetahuan agama,terutamanya saya yg mmg daif dari segi ilmu agama.Tetapi rasionalkah perbuatan ustaz itu?Dan saya pun ada melihat videonya di youtube,dia memberitahu siapa yg tgk Akademi Fantasia bodoh,suami dayus,mak ayah bodoh.
Mcm itu ke caranya kita nak menasihati org?Dan komen-komen yg saya baca semuanya mengatakan kau siapa nak cabar apa ustaz cakap.Dia tahu agama,engkau?Ya Allah,secara jujurnya,tidakkah anda rasa ia seperti perbuatan yg riak?
Ok apa saya nak kaitkan di sini is this:Islam itu agama yg indah.Islam tidak pernah menyuruh kita memaki hamun terutamanya saudara seagama sendiri dan nasihatilah seseorang itu dgn baik.Anda rasa,jika pada zaman Rasulullah dulu,Baginda menulis sebegini mengutuk tanpa sebarang usul periksa,adakah Baginda akan dihormati?Membaca tentang kisah-kisahnya menunjukkan Baginda seorang yg berakhlak tinggi,sopan santun.Dan kerana itu orang kafir Qurasy tertarik dgn Islam,mahu menganut agama Islam.Jadikan lah agama Islam itu menarik.Bukan saja untuk menarik saudara baru,tapi saudara se-Islam sendiri yg perlu dibimbing.Siapa yang mahu dimaki dan dihakimi oleh orang yg tidak dikenali.SIMPLE.Adakah dgn cara seperti "HOI KAU NI TAK RETI DOSA PAHALA KE" akan membuat org itu berubah.Yakinkah cara itu yg betul?
Konklusinya di sini,kita boleh menasihati,tetapi jgn mencaci,memaki tanpa sebab.Dan jgn taksub tanpa sebab.Saya tahu mesti ramai akan mengatakan siapa saya untuk mengomen tentang Ustaz Idrus.Sudah tentu,sebagai Ustaz,niatnya baik dan ikhlas ingin membantu umat Islam,tetapi caranya mungkin kurang sesuai.
Fahami lah situasi Amalina yg sedang belajar di luar negara,dan mungkin dia perlu menyesuaikan dirinya dengan keadaan kehidupan di sana.Mungkin dia tidak kuat untuk mengekalkan pemakaian tudungnya,tetapi cermin jugalah diri kita,dan tanya sama ada kita juga terlepas dari dosa.TIDAK SALAH MENASIHATI,TETAPI BUATLAH DGN CARA YG BAIK.
Salam.
gambar yg dijumpai.ada yg lebih sexy,tetapi fb nya telah diactivate.
No comments:
Post a Comment