Monday, December 06, 2010

politik jam 3

Salam semua.Jam dah menunjukkan pukul 3 pagi tapi masih tak ada tanda2 nak tidur malam ni.Saya baru lepas membaca blog seorang senior dan dia begitu pantas dan tangkas menulis tentang masalah2 politik yg ada di negara kita ni.
First and foremost semua tau yg saya seorang pro-kerajaan.Ya,mungkin lps ni ramai yg akan menghentam kerana tahu saya berdiri di pihak yg mana tapi bagi saya,sudah cukup masanya kita menjadi lalang,berdiri di tgh2 tanpa membuat sebarang keputusan.Ya,mungkin terlalu awal untuk kita memilih tapi bagi kita yg sudah membuat pilihan,tak salah kan.Jangan lah cuba untuk menjadi seorang neutral,istilah itu tidak pernah wujud dan tidak mungkin dapat dijadikan tunggak untuk membentuk sebuah kerajaan.Kalau semua org neutral,parti manakah yg akan memperoleh majoriti?
Berbalik pada blog senior tadi,dia membincangkan tentang isu guru2 tidak dibenarkan berpolitik di sekolah.Katanya,sebagai seorang rakyat yg hidup di sebuah negara demokrasi,hak itu tidak boleh diambil sesuka hati.Persoalannya di sini,mungkin saudara itu tidak tau,walaupun ada kekangan,masih ada lagi guru2 yg berpolitik kepada pelajar2 nya.Soalnya ditangkap atau tidak,tapi setahu saya bagaimana berbeza pun pendapat seorang anak murid dan guru itu,tak mungkin lah anak muridnya akan memberitahu pihak lain,paling2 ibu dan ayahnya saja mungkin budak itu pun sudah jadi keliru.
Bagi saya,sejujur2 nya saya katakan berpolitik di sekolah sememangnya satu perbuatan yg sia2.Apa lah gunanya menenyeh ideologi2 politik yg maafkan saya,mengikut pengamatan saya suka mengutuk kerajaan,dasar itu tidak kena,ini tidak kena.Ya,betul kerajaan tidak sempurna banyak kelemahan.Tetapi adakah dgn melepaskan rasa yg tersimpan kepada anak2 murid boleh mengubah persepsi itu?Mereka di bangku sekolah menengah tidak sepatutnya ditekan dgn pandangan2 politik bersifat personal,tapi seelok2 nya guru itu mencari jalan untuk menjadikan mata pelajarannya lebih menarik,mengambil tahu hal murid2.Bukankah itu 10000 kali ganda memberi manfaat?Bagi saya kalau anda tidak puas hati dgn kerajaan,anda bukannya tidak mempunyai kuasa.Gunakan kuasa mengundi untuk membuat keputusan.Sekarang kita nampak kerajaan sedaya upaya mencuba untuk bangkit semula untuk menawan hati rakyat.Dan jangan lah hanya pandai mengkritik,tetapi diri sendiri pun entah kemana.Sebagai contoh,marah dgn kerajaan kerana elaun guru tak naik2,tapi anda ambil cuti berapa punya lama,murid2 dibiarkan(budak2 yg nak ambil SPM pun dibebani masalah mcm ni).Sudahnya kena cari guru ganti yg entah tau ke tidak apa yg diajarnya.Mengajar pun mcm nak tak nak,gaji tak naik pun masih nak salahkan kerajaan jugak?(Ya,of course tak semua.Tetapi ada.)
Tak saya nafikan bnyk kesalahan pihak kerajaan.Tapi kita jgn jadi terlalu menghukum,seolah2 kita lebih tau segala2nya.Taksub dan tidak mahu ambil tahu langsung apa yg terjadi.Situasi politik di Malaysia semakin tegang,tapi saya tidak mahu menipu,saya sentiasa mengharapkan kerajaan skrg akan kekal.Ya,ini pandangan saya,kerajaan pakatan pembangkang tidak langsung saya lihat memberi apa2 impak positif sepanjang memerintah beberapa negeri.Ya marahlah pada saya,katakan lah yg saya ini sudah pro kerajaan,sudah tentu tak nampak apa2 kebaikan yg dibuat oleh pembangkang.Soalnya,apa yg telah dibuat?Anwar ingin menjadi hero menolak ketuanan melayu,ya mungkin pada melayu2 liberal itu sesuatu yg bagus,sudah tiba masanya melayu berdiri di atas kaki sendiri.Ingatlah,majoriti kaum2 lain di seluruh dunia ramai.Mereka boleh pergi ke mana2 dan masih mempunyai kekuatan bangsa yg sama.Pecahkan kita,org melayu,ke mana kita hendak pergi?Isu nya hendak menjadi hero,tidak nampak keburukan yg akan dtg pada masa hadapan.
Ya,mungkin ramai memandang saya seorang yg pelik,baru 19,perempuan pulak tu,tapi minat betul dgn politik.Sebab saya rasa politik itu penting.Tapi tidak la sampai ke tahap saya tidak ada kerja lain,cuma ingin berpolitik saja.Politik itulah asas demokrasi,asas kerajaan kita.Jadi sebagai rakyat pengetahuan kita haruslah separa dgn apa yg berlaku di negara ini.Tetapi,jgn lah terlalu berpolitik,cuma pandai bercakap memberi pandangan menghentam org lain,tapi tidak pula mahu memajukan diri dari segi sains dan teknologi,mencipta sesuatu yg boleh memanfaatkan org lain,merawat,mewakilkan org yg tidak bersalah,semua ini patutnya kita beri keutamaan.Bukan dtg berceramah,mengata itu ini,sudahnya HABUK PUN TARAK.
Malam2 ni saya mmg jadi lain mcm sikit.Hehehehe
Saya alu2 kan komen yg mungkin mahu memberi pandangan lain pula,tapi nak hentam,buat secara budi bahasa ya.Kita lahir sebagai manusia,bukan binatang :)

No comments: