Monday, March 12, 2012

hey kaum adam!

HEY WASSAP PE KHABARR
Lama gila tak update blog ni.Dah berkarat tahap kapal titanic yg karam dulu..ok lame.Anyway ada something yg nak dikongsi,saja untuk bacaan umum.(ayattt kalah dewan bahasa dan pustaka).Ok lah straight to the point cause I hate typing.Erk.

KISAH 1
Gituewww dah berkisah-kisah bagai tau.Ok sebenarnya entri kali ni pasal sikap kaum Adam yang kadangkala nampak mcm tak berhati perut pulak.Saya dah tanya ramai kawan-kawan lelaki saya tentang perkara ni,termasuk *ehem ehem* untuk mendapatkan kepastian dan ramai yg respond tak patut.Harap jgn ckp di mulut saja lah nooooo.

Hari tu kakak saya pergi Putrajaya dgn kawan-kawan dia,lepas tu kereta dia kena salut lumpur tak boleh nak keluar.Tepi parking lot tu ada kedai mamak,dan beberapa kaum Adam yg tak berapa nak hensem agaknya,asyik memerhatikan dari jauh je tapi satu pun haram jadah tak nak tolong.Lepas tu semua boleh nak pandang-pandang,gelak ketawa.Apa ni rancangan Raja Lawak ke?So sudahnya semua kawan-kawan kakak saya yg perempuan terkapai-kapai tak tau nak buat apa,and sudahnya KAWAN PEREMPUAN dia yg dtg tolong.Cam ek eleh sembang kencang,tapi nak tolong org pun tak nak apa cite.Sumpah laki camtu elok kita buang je masuk dalam tempat loji Indah Water.

KISAH 2
Saya baru lepas hantar adik saya pegi tusyen,singgah 7-11 nak beli ceklat.Lepas tu ada sorang lelaki mabuk ni kat luar,dan dalam 7-11 tu ada dua org polis bantuan,dan pekerja 7-11,seorang wanita muda.Dan dia waktu tu tgh kerja sorang-sorang.So,si mabuk ni pun masuk la dgn hoyong hayangnya dan suara memaki hamun nya kat budak perempuan tadi.Polis bantuan 2 org tu duduk tengok jee lelaki tu marah-marah perempuan tu,lepas habis diorang bayar,diorang pun blah.BLAH OK BLAH.Bawak mcm senapang kononnya,patut tembak kat kepala kau je.
So saya yg takut dan bengang ni cpt-cpt la bayar,tapi saya tunggu dlm kereta sbb saya takut apa-apa jadi kat perempuan tu tadi.Lelaki mabuk tu masih dalam kedai so saya tungguuu je,lepas tu ada sorang laki ni masuk.Ok fine saya rasa cam settle la ada la jugak JANTAN yg boleh tolong perempuan tu nanti kalau apa-apa.Tapi tak sampai 10 saat dia keluar,lepas tu dia ketuk tingkap saya sbb dia nampak saya mengintai.
LELAKI ASSHOLE:Kenapa dalam tu?

SAYA:Tak,ada org mabuk dlm kedai,kesian kat budak perempuan tu saya takut jadi apa-apa.

LELAKI ASSHOLE:Oh ye kee....awak ni dari mana?

SAYA:Rumah saya dkt-dkt sini je.

LELAKI ASSHOLE:Oh....awak dah kawin?Nama apa?Umur?

......Perlahan-lahan naikkan tingkap sambil tunjukkan middle finger.

SEMPAT LAGI KAU?MANA PEGI KAU PUNYA OTAK AH ORG LAIN TU TGH DLM KETAKUTANNN

Lepas tu nampak perempuan 7-11 tu kunci pintu,saya pun blah.


So,saya nak tanya,kenapa jadi mcm ni?Saya tak ckp semua ok,tapi sebab ada dua tiga orang jantan mcm ni,semua pun tercalit sekali.
I hope guys out there,tolong lah kaum hawa yg dalam kesusahan,kerana sesungguhnya kami insan yg lemah dan perlukan perlindungan anda sekiranya terjadi apa-apa.(Bukan stok nak menggatal apa bagai,tapi atas dasar sesama manusia,sesama saudara seagama),apalah salahnya.Anda tak rugi apa pun kalau tolong,malah akan dipandang lebih tinggi oleh kaum wanita,pahala pun dpt.Tak faham oh,serious.

I know tak semua.Ini sekadar nak berkongsi pandangan saja.Saya rasa kalau saya dlm kesusahan,kawan-kawan lelaki saya akan tolong.KOT.Eh KANN?KAN KAN KAN?


Leave a comment la kalau anda ada pandangan tentang perkara ni.Byebye

No comments: