Sunday, April 25, 2010

:)

Saya dibesarkan dalam keluarga yg sgt pro kerajaan.Oleh itu saya gembira apabila BN menang di Hulu Selangor.Tapi saya rasa saya terlalu muda untuk campur urusan politik dan buat masa sekarang,saya tidak begitu berminat untuk mendalaminya.Saya juga hanya melihat dari jauh pandangan2 rakan2 sekeliling kerana bagi saya kita semua ada hak untuk bersuara dan meluahkan perasaan dan pandangan.Tapi jangan lah sehingga kita bermusuh,tidak mahu salam menyalam hanya kerana politik.Sokongan kita melalui undian,bukannya dengan masuk campur dan berlagak seolah2 kita tahu apa yang berlaku.Memang boleh menganalisa,tetapi jangan lah sehingga menjadi terlalu taksub,kerana kita masih muda,bukan politik yang harus kita utamakan tetapi pelajaran dahulu.Dan di kemudian hari,mungkin pada ketika itu kita boleh renung dan fikir,siapa yang patut kita pilih.Kerana pada waktu itu baru kita sedar siapa yang patut dipangkah.

Camne BM saya?Hahahahahaha

2 comments:

Farhan Zafry--;LITHIUM said...

emmmm.... good try.. kena banyak lagi... a bit skema bm.. but good... hahaha, yea rite... there no need to be an addict or a fanatic to a political ideology.... kita kena tgk sapa yg mampu memberikan yg terbaik. apa guna reformasi andai yg indah tergadai

Miss Potato said...

amboi kemain paan.hahaha