Saturday, November 06, 2010

Kakak saya dan jubahnya

Saya ada seorang kakak.
Dia baik,cantik,bertangggungjawab,pemarah,tak sabar....errrr mcm2 lagi lah
Tapi walapun dari kecik kakak suka buli saya,saya masih sayangkan dia.Walaupun kadang2 telefon mama kat ofis buat luahan hati pasal diri ni dah tak disayangi,dan mama akan reply dgn jawapan paling senang,"elin kenapa?!".Bila nangis2 kat mama yang kakak slalu buli dan marah2,lalu keluar rumah pakai slipar jepun dan pergi ber-emosi dkt buaian depan rumah.(kakak takkan datang pujuk pun,dia kisah pun tak.hahahaha).Sedih zaman kanak2 ku.Tapi tak apa.

Walaupun kakak selalu marah2 sbb rumah bersepah(kadang2 mmg patut kena),dan bila dia bad mood saya yang akan menjadi mangsa,tak apa.(tapi time tu dlm hati mencarut2 secara monolog).
Kenapa tiba2 saya rajin nak tulis pasal kakak saya?Well,saja.Birthday dia pun dah lepas,and kadang2 mmg rasa nak tulis pasal org yg kita sayang,tak kisah la walaupun ia secara random dan tak ada hari yg istimewa.Sebab org yg kita sayang,setiap hari dgn mereka pun,hari yg istimewa bukan?(cewahh!)

Tapi yg buat saya bangga dgn kakak saya ialah hari ini,dia pegi ambil jubah yg dia tempah untuk dia pakai sewaktu dia akan secara rasminya bergelar seorang peguam.
Sebagai seorang adik yang ambil course yg sama,sudah tentu saya menanam azam untuk berada di tempatnya suatu hari nanti,dan menjadi sepertinya.Laluannya untuk sampai ke tahap ini bukanlah mudah,dan mungkin dia tidak tahu,tapi apabila saya merasakan yang saya dlm kesusahan dlm course ini,saya akan teringatkan dia.Dan saya akan katakan pada diri sendiri,kakak boleh,Elin pun boleh.

Saya jadikan dia tempat mengadu kalau saya perlukan nasihat.Dan kakak sudi mendengar.
Sekarang ni dia sangat penat,lepas ni lagi la,akan naik turun court.Dan saya,baru hendak masuk part 1 degree di Shah Alam.
Apabila dia sarungkan jubah nya itu,saya rasa sedih pulak.Tapi bangga,kakak saya berjaya.
Ayah saya juga nampak beria2,dan yg lebih indah,papa akan sarungkan jubah itu ke atas kakak kerana papa adalah masternya.(Dlm chambering ada master,atau guru kita.)
Dan papa juga ada bertanya samada saya muat pakai jubah kakak sambil tergelak(OK NI SGT KURANG AJAR!)

Tapi tolak itu semua.Yang penting,kakak akan dpt menjadi seorang peguam bertauliah yg diiktiraf,dan papa akan menjadi insan paling bangga di COA nanti.
Dan saya,sangat2 berharap saya akan berada di tempat yg sama suatu hari nanti .

:)




Si cantik dan si jelita.Awhh!
Gamba raya je ada noksss.Nanti la update gambar2 lain.Yang time kecik2 malas nak scan.Huehihooo.
ps:Yaa,font dah besar sikit.Suka pulak baca bila font besar.Nampak lagi bersemangat.Heh heh

No comments: