Saturday, August 27, 2011

lain kali,TANYA!

Haihh tgh syok-syok mengangkang depan tv tgk cerita wedding crashers,tiba-tiba Ikram masuk bilik ckp mama suruh pegi beli air tebu dgn daun bawang,daun sup dan cili hijau.Jam dah tunjuk 6.45.
Sambil mengomel kenapa la skrg baru nak bagitau terus capai kunci kereta dgn Ikram pegi giant kj.Masuk kedai,terus pegi section sayur mayur.Mata meliar mencarik,oh and btw,SERIOUSLY TAK TAHU DAUN2 NI RUPA DIA MCM MANA.Nampak cili,amik plastik,sumbat.Jalan-jalan pusing-pusing lagi.Ikram suruh tanya,tapi tak berani.Cakap boleh punyalah carik sendiri ni.Jalan jalan jalan jalan jalan,tenung tenung tenung tenung.Dah fedap,gapai celery ke apa ntah,dgn bungkusan yg terang-terang tulis "DAUN KARI".Mama nak masak puding rasanya,lantak la asalkan aku dah beli DAUN!
Lepas tu terdengar ada mak cik ni tanya abang timbang sayur tu,"ada daun kesom ka adik?"-"oh sorry aunty,dah habis dah".Maka dgn penuh keberanian pegi la tanya kat abang tu ,"bang,daun sup dgn daun bawang ada tak?"


-"OH,ADA.KAT BELAKANG TUU PALING HUJUNG."Aku duk tercegat je kat situ buat-buat tak paham sbb nak dia tunjukkan,dia pun jalan sikit tapi tak sampai habis.Lepas tu pegi tgk,jumpa sayur yg tulis spring onion.Yang ini ke?Yang ini lah kottt,desperate dah ha!Kalau salah lantak pi la!

Kerana kebodohan ini,maka kami berdua terpaksa berbuka puasa dlm kereta.Nasib laa betul,kalau tak naya je!

Jadi,jgn la malu bertanya,dannnnn yee,saya mmg tak reti masak,tak tau daun2 tu semua rupa dia mcm mana.Tsk tsk T.T

PS:Tak apalah besok kalau dah nak kawin,barulah korek2 resipi dan belajar masak.Boleh mcm tu? :B

2 comments:

Fariz Razali said...

daun pandan taw?? hehee....

heleh said...

hahaha tu tau laaa,obviouss