Monday, November 01, 2010

P.Ramlee,a tribute

Ok nak buat blog tribute untuk lagenda,P.Ramlee.Mula-mula ingat nak cerita pasal perlawanan akhir Piala Malaysia,tapi whatever la.Summary post,Wan Jamak ntah pape buat keputusan dalam menggantikan pemain,Negeri tak dpt pertahankan kejuaraan.Ok dah.So tak payah la eh nak hantar comment padan muka Negeri tak menang and whatever lagi yg boleh menimbulkan kemarahan sbb I akan anggap u org tak ada sopan nak kutuk2 negeri org lain and u seorang yg tak ada otak.Ok movingg onnnn......

Post ni khas untuk P.Ramlee.Selepas tgk cerita hidupnya kat History channel(Astro,555)mmg sedih and pilu ok.Tak sangka,sisa hidup dia begitu menyedihkan,pahit.Sampai nak makan pun duit tak cukup,makanan utama dia kat rumah telur goreng dan kicap atas nasi.Percayakah anda?Dia terpaksa menyanyi di majlis2 org khawin untuk dapat duit lebih.Percayakah anda?Zaman kejatuhan dia bermula bila dia pulang semula ke Malaysia,pergi ke Kuala Lumpur.Dia tidak disingkirkan dari penerbitan Shaw Brothers di Singapura,tapi dia sendiri ambil keputusan untuk berhijrah apabila merasakan khidmatnya seolah2 tidak diperlukan lagi,dan waktu itu pekerja2 studio mogok hendakkan gaji lebih,dan dia tidak begitu mampu serta tertekan.Juga pada waktu itu Merdeka Studios di Kuala Lumpur berjanji macam2 kepadanya.Dia dpt kebebasan berkarya,dapat buat filem berwarna(yang sangat2 dia mahu lakukan tapi sehingga dia meninggal pun tidak kesampaian)dan bermacam2 lagi.Tapi janji cuma pakai air liur,bila dia dtg ke Kuala Lumpur,studio tidak up to standard dan dia terpaksa mengarah filem2 bajet murah yg tidak langsung menggambarkan standard P.Ramlee.

Dia juga tidak mendapat respons yg baik dari peminat2 di tanah air.Dia telah DIBOO oleh org ramai sewaktu dia perform di DBKL.PERCAYAKAH ANDA?Waktu itu kalau P.Ramlee jalan sebelah pun,org jeling pun tak hendak.Di festival filem di Singapura,dia tidak dijemput langsung untuk duduk bersama seniman2 Malaysia,tapi dia duduk di belakang Aziz Satar@Ajis,bersama rakan2 lamanya sewaktu di Jalan Ampas.Dia berkata pada Ajis,"gua sedih,tak ada org yg hargai gua lagi".Ajis menjawab "biarlah sejuta org pun yg membenci lu,Ramli,yg penting Tuhan sayangkan lu",lalu dia menangis.(Memang betul Ajis dan P.Ramlee berckp menggunakan lu,gua).

Dan begitulah hidupnya sehingga dia meninggal dunia.Sedih bukan?Bila dia dah meninggal dunia,baru dia diagung-agungkan.Baru orang nak membuka mata,memberi pingat itu ini.Betapa bodohnya manusia,bila dah tak ada baru nak dikenang.Cuba,semasa dia hidup di Kuala Lumpur,org memberi penghargaan padanya walaupun sedikit,mungkin dia tidak akan mati kerana kesedihan.Mungkin dia masih boleh hidup sehingga kini.
Oh kenapa dia ditolak semasa dtg ke Kuala Lumpur?Kerana dia cuba untuk mempertahankan muzik dan lagu2 melayu,yang waktu itu dipenuhi dgn kedatangan muzik2 barat,The Beatles,Ramones dan sebagainya.Culture funk pop mula menusuk.Konon waktu itu,irama melayu P.Ramlee sukar masuk dgn keinginan semasa dan ia seolah2 kampung.Nah,terbukti sekarang lagu2 beliau masih segar dimainkan dan menjadi siulan si kecik,tua,gemok,kurus,pondan,gay dan sebagainya.Jadi tak perlu berlagak seolah2 diri terlalu bagus untuk lagu2 bangsa sendiri.


Beliau di zaman kegemilangan.


Beliau pada zaman 70-an.Antara waktu2 terakhir hayat beliau.Tengok lah perubahannya.Sedih,kan?

Simple conclusion.Beliau mmg tidak boleh ditukar ganti.Lagenda untuk selama-lamanya <3

6 comments:

Fariz Razali said...

itu dah kisah perjuang seni kita.. bravo ellen.. good article...

Miss Potato said...

trimas,trimass

FS said...

oh aku ingat dia memang diva dr lahir sampai meninggal dunia. haa kesian2

Miss Potato said...

kesian hidup dia waktu nak dkt2 meninggal.melarat sgt!

beruang said...

sumpah aku tataw sal kisah dia b4 mati

Miss Potato said...

tula bear.kesian gila weh org buat dia mcm tu