Thursday, April 26, 2012

buat la sejuta kali bersih pun.

Hello.Ok lama gila tak update blog,and I want to update about the electoral system.

I think the main problem dgn electoral system kita is.......................KITA.Like seriously,kita asyik nak marahkan system yg bak kata Ambiga "kotor","tak telus" blablabla.I heard her points during the debate,and she said mana dtg nya 3 juta random voters yg suddenly buat aksi bidan terjun masuk dlm list SPR time PRU.Here's the flaw,and no I am not taking Khairy's points.

1)Ambiga ckp guna logic,logic.Here's my logic.Anggap la SPR ni sebagai sebuah organisasi.Katakanlah ada saudara anda yang meninggal dunia,logic ke SPR boleh terus tahu dan kemaskinikan data mereka?The next of kin atau saudara terdekat patut melaporkan perkara ini kepada SPR supaya mereka boleh kemaskinikan data saudara anda itu,thus it will change the numbering in the system.Jadi,USAHA ANDA untuk beritahu.

2)Kalau anda berpindah dari satu tempat,dan menurut daftar undi,anda masih berada di tempat yg lama,TUGAS ANDA untuk pergi ke SPR atau JPN dan kemaskini kan data anda.Kita tak tau sistem mcm mana,dan bagi saya,ini pilihan kepada pengundi.Pengundi boleh memilih untuk terus kekal di daerah lama,atau kemaskini kan data dan mengundi di tempat baru.Dan alasan ada tempat yg kurang pengundi,ada tempat ramai...LIKE DUH.Yg berpindah anda,bukan ditentukan oleh sesiapa.Kalau ramai org nak tinggal di sesuatu tempat,nak buat mcm mana?Itu bukan masalah SPR atau kerajaan.Itulah sebabnya di parlimen walaupun ada negeri lebih besar,kerusinya tak banyak.Pahang contohnya,Perak ada lebih kerusi...serious tak faham argument ni.

3)Yang tak pergi daftar dan memekak tu,just stfu.

4)SPR kena beri penjelasan kepada rakyat,mcm mana sistem kemaskini data dilakukan.Saya cadangkan jika nak selaraskan secara automatik,maka semasa mereka membuat kad pengenalan baru,automatically update tempat mengundi juga.Tapi kita tak pasti,mungkin mereka masih mahu memberi rakyat pilihan untuk mengundi di mana,tapi tugas anda untuk mengemaskini kan data.Logik la,ada 27 juta rakyat Malaysia skrg,mesti ada yg tak daftar,mesti ada yg tak kemaskini.Itu tanggungjawab anda,memang la JKN boleh terlepas pandang.

5)Kalau lah memang korup sistem pilihanraya kita,takkan la pembangkang boleh menang 4 negeri,4.BN takkan hilang 2/3 majoriti dalam parlimen.Lihat betapa mudahnya BN tumbang di Selangor,Perak,Pulau Pinang,Kelantan jgn ckp lah.

6)SPR pun update la sistem.Saya nak mengundi,sebab technically,I'm 21 this year.Tapi saya tak boleh,sebab tarikh lahir saya bulan Jun.Kan dah rugi satu undi.Itu tak masuk lagi yg lain,sudahnya beratus ribu tak dpt mengundi bukan sebab tak nak,tapi sebab tak dpt.Sedih.

So jumlah pengundi berubah sebab pengundi sendiri yg buat pilihan.Bagi saya senang,anda daftar jika mahu mengundi,dan isu dipaksa mengundi kerajaan,tiada bukti kukuh menyatakan begitu.Dan personally bagi saya,saya lihat ramai je pekerja kerajaan yg tak suka dgn kerajaan sendiri,so tepuk dada tanyalah selera.




1 comment:

Azureen said...

yeay ellen! hear hear~